senyum....



tengah-tengah duk google gambar senyum, jumpalah gambar-gambar nie...
tetiba terdetik kat hati kecil "aku susah betul nak senyum kan? kalau dengan orang-orang yang rapat giler2 je barulah nak tersengih-sengih"

haha..ce tengok gambar nie!


kucing pun sengih? (ish, seram bulu tengkuk tengok gambar ni lama-lama...ana bukanlah peminat kpd para-para pets sekalian)

maka, apakah ubat mujarab untuk kekal senyum di saat suka dan duka? ana pun xde jawapan rigid! sebab apa tau.... ana jenis muka cam nak makan orang je (yeke..entahlah..)
tak tak...maksudnya...bila dengan orang baru kenal, muslimat la atau baru jumpa, beranilah jugak dan senyum-senyum dan menyapa...(kalau line clear la) tapiiiii, kalau tetiba termasuk dalam "dunia ghorib", amboi, susahnya dan senyum. rasa takut dan xyakin terlebih bajet sampai terlupa nak senyum...tu yg depa takut nak dekat tuuuu... em, kalau dengan muslimin pulak, bukan sembarang orang ana akan senyum...cuma yang berkenan kat hati ni je ana akan senyum kat dia (eh, boleh pulak macam tuu...) em, kalau tak, nak pandang pun jangan harap!

ada orang dia senyum je...bestnya... ada apa ya dengan senyuman? of course la, dengan senyuman, ia melambangkan peribadi orang itu yang tabah, yang suka akan keceriaan, ketenangan, dan berjiwa besar, serta ramah orangnya.... (tau pun manfaat senyum! :p )

jadi sekarang,
ana nak stay smile like this.....


or this one....


atau apa-apa jelah....asalkan i keep smiling....


 i.Allah..........i'll try my best!! yeahhuuuu...........

ha....pesanan buat sahabat-sahabat sekalian...jomlah kita amalkan senyum, kerana senyum itu sedekah, dan senyum itu bisa mengubat hati kita dan orang-orang disekeliling kita..kan2? ha, yang jenis senyum dah sebati ngan diri tu, baguslah...kasi maintain ya!
wallahu taala 'alam.........



“Allah memang ada!” bisik hati. Kali ni, sah! Takde sebarang kompromi. Sah! Takyah nak saksi-saksi dah lagi…Allah ada! Aku seperti mendapat suatu kepastian yang paling bermakna dalam hidup. This is real guys, kalau kita betul-betul yakin Allah itu ada dalam setiap helaan nafas, ada dalam selirat salur darah kita, ada dalam setiap langkah, memang kita akan dapat merasakan akan-Nya. Ya. Maka, teruslah yakin dan meyakini bahawa Sang Pencipta itu bersama kita.

Teringat sejenak, saat berpeluang menunaikan solat di atas hamparan bumi Tuhan, di atas rumput, tanpa sejadah seperti biasa, aku dapati sujudku ketika itu sangat-sangat mengingatkanku akan hakikat diri ini hanyalah seorang hamba yang sedang sujud dengan penuh kehinaan di hadapan Tuhan Yang Maha Agung. Manisnya saat itu…
Aku juga pernah berpeluang menunaikan solat di tepi sungai, di atas butiran-butiran pasir yang tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah itu. Perasaanku sama, merasakan hakikat penghambaan yang hanyalah berasal dari setitis air yang hina, air mani, yang beserta dengannya Allah lengkapkan menjadi seorang manusia yang sempurna, yang telah sedia ada mengikat perjanjian dengan-Nya bahawa hidup dan mati ini adalah untuk-Nya. 


Harum rumput segar, pasir yang berzikir, dan tanah yang menyubur tadi itu adalah anugerah-Nya. Sungguh, alam ini mampu membuatkan kita dekat dengannya. Lantas pikiran melayang pula di saat diri di beri kesempatan untuk merasakan bagaimana kepahitan para sahabat wanita dahulu yang tetap teguh mempertahankan kalimat “la ilaha illallah” walaupun diseksa. Namun seksaan buat mereka tidak cukup untuk menggoyahkan keimanan mereka. Sifirnya mudah sahaja. Aku bukan diuji seperti mereka tetapi aku dan sahabiahku hanya disuruh untuk merangkak menuruni lereng bukit ketika matahari betul-betul tercacak di batang hidung. Itu sahaja! Ya. Saat kami ditarbiyyah seperti itu, aku dapat merasakan getaran di hati ketika kalimat “la ilaha illallah” meniti dibibir, seiring dengan derasnya air jernih yang hangat membasahi pipi.

Ya Allah..namun praktikalnya tarbiyyah itu terus teruji saat aku berhadapan dengan dunia realiti. Memang kita yakin, Allah ada, namun, tanyalah diri adakah keyakinan itu serentak dengan gerak langkah kita dalam rutin sehari-harian? Ke mana teorinya saat berhadapan dengan kenyataan? Ke mana hilangnya keyakinan tadi? Itu perkara biasa..kita memang dikehendaki-Nya untuk terus meraih keyakinan demi keyakinan, kepercayaan demi kepercayaan untuk memantapkan lagi sebuah keimanan yang hanyalah senipis kulit bawang ini. Mujur Tuhan tidak membiarkan diri berseorangan dalam bermujahadah! Hampi-hampir sahaja diri ini lemas dalam lautan keasingan. Itulah gunanya TAQWA, kerana dengannya akan lahir perasaan IHSAN dalam beribadat, yang dengannya kita akan berusaha mengingati Allah dalam susah mahupun senang. Kerana itulah, saat kita merasa diri tanpa arah tujuan, Allah akan kembalikan kita pada dasarnya! Itulah gunanya andai kita menjaga hak Allah…Allah akan menjaga hak kita. Itulah TAQWA.

Jadi, jangan pernah merasakan kita keseorangan di dunia ini. Dan jangan pula merasa senang di saat senang, sebaliknya, bersedialah dan berbekallah sedikit demi sedikit agar kita tidak akan tersasar jauh dari-Nya saat kita goyah berhadapan dengan kesusahan…cubalah untuk merasakan…, bahawa Allah menyayangi kita. Ya, kasih sayang Allah kepada hamba-Nya lebih dari kasih sayang seorang emak terhadap anaknya…just imagine about it… DAN silalah merasakan RUH MUJAHADAH dalam diri kita…
Wallahua’lam… 





“Kami merindui-Mu Ya Allah..kami merindui kekasih-Mu ya Allah..dan kami merindui BULAN RAMADHAN ya Allah...sampaikanlah kami kepadanya, berilah kesempatan yang selayaknya untuk beribadah mengabdikan diri kepada-Mu, dan jadikanlah kami umat yang benar-menar mencintai Muhammad ya Allah...” Salam perjuangan buat diri yang masih terkontang kanting lagi mengenai perihal ibadah, perihal aqidah dan akhlak, perihal akhirat...dan segala-galanya...dan juga buat para pembaca...

<<baca kasik habis ya....>>

 


يا أيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلّكم تتقون
“wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”-surah albaqarah ayat
Ya. Agar kamu bertaqwa. TAQWA. Itulah matlamat kami… debaran semakin menguji. Ramadhan yg dinanti semakin menghampiri. Entah kenapa seram sejuk tangan dan kaki bila sehelai demi sehelai lembaran kitab Durratun Nasihin dibaca. Syukur ya amat. Terlalu banyak kelebihan yang bakal Allah sajikan untuk orang-orang mukmin dalam bulan anugerah nanti.
Ya Allah, adakah kami mampu menghidupkan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya?
Adakah kami kuat untuk berjumpa dengan-Mu di setiap sebelum fajar?
Adakah kami akan berusaha mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan itu..yakni lailatul qadar?
Adakah kami akan berjaya mencapai kemapunan dari-Mu akan dosa-dosa kami yg telah lalu?
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنب
“barangsiapa yg berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (kpd Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Ya. Keampunan dosa-dosa yang telah lalu. KEAMPUNAN. Semarak ramadhan ini kian ditunggu kerana kami jelas ingin lepas dari belenggu dosa lalu.
Dari Abu Hurarirah r.a. bahawasanya dia berkata, sabda Nabi Muhammad s.a.w. “celaka bagi seseorang apabila namaku disebut, dia tidak berselawat untukku, celaka bagi seseorang yang masih mempunyai dua orang atau salah seorang dari kedua orang tuanya, namun belum pernah melaksanakan sesuatu yang dapat menjaminkan dirinya masuk ke syurga, dan celaka bagi seseorang yang menjumpai bulan ramadhan, sampai selesainya bulan, tetapi dia belum diampuni.”
Na’uzubillah.

Sesungguhnya Allah menganugerahkan umat islam, umat Muhammad ini dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan, penuh ganjaran dan khabar kegembiraan. Apalagi yang masih mampu menghalang kita dari mengihya’kannya dengan sebaiknya?
Diriwayatkan dari nabi Muhammad s.a.w. : “umatku diberi lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seorangpun sebelum mereka iaitu, (no.satu) apabila malam pertama bulan ramadhan datang, maka Allah melihat mereka dengan kasih sayang, dan barangsiapa yang dilihat Allah dengan kasih sayang, maka dia tidak akan diseksa selamanya. (no.dua) Allah memerintahkan malaikat agar memohonkan keampunan untuk mereka. (no.tiga) bau mulut orang yg berpuasa bagi Allah lebih harum daripada bau minyak kasturi. (no.empat) Allah berfirman kpd syurga “berhiaslah engkau” dan Allah berfirman pula “beruntunglah bagi hamba-Ku yang beriman, mereka menjadi kekasihku” (no.lima) Allah mengampunkan mereka.” –hadis sumber dari kitab Durratun Nasihin.

<<ha, nak nak ke mana tu, xabes baca lagi kakak abang, ada lagi nie…>>

Hai diri……….
Pastikan :
-Kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, malah sifat mazmumah juga terhakis sama.
-Kita tidak mensia-siakannya dengan sebarang umpatan dan kejian jiran tetangga dan saudara mara juga sahabat mahupun keluarga.
Kerana, Diriwayatkan dari Anas r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w “lima perkara yang menghapuskan puasa (pahalanya) iaitu: dusta, mengunjing, mengadu-domba, sumpah palsu dan melihat dengan nafsu dan syahwat.” Na’uzubillahi min zaalik.
-Kita mampu menghidupkan ramadhan yang merupakan anugerah buat kita ini dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin agar kita tidak rugi malah menjadi sebahagian drp mereka yang beruntung pula.
-Puasa kita dapat menjinakkan nafsu.

Em, sebut pasal nafsu, ada sebuah kisah mengenai penciptaan akal dan nafsu yang diriwayatkan semasa pensyariatan puasa….
Apabila Allah menciptakan AKAL,
Allah berfirman : siapa engkau dan siapa Aku?
Akal : Engkau Tuhanku, dan aku adalah hamba-Mu yg dhaif.
Allah berfirman : hai akal, tidakku ciptakan makhluk yg lebih mulia selain daripadamu.
Kemudian setelah Allah ciptakan NAFSU,
Allah berfirman : siapa engkau dan siapa Aku?
NAFSU : aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.
*jawapan yg sama telah diberikan oleh Nafsu saat Allah bertanya semula setelah memasukkan Nafsu ke dalam neraka jahim selama seratus tahun. Selepas itu Allah memasukkan pula Nafsu ke dalam neraka juu’ selama seratus tahun.  Akhirnya,
Allah berfirman kembali : siapa engkau dan siapa Aku?
NAFSU : aku adalah hamba dan Engkau adalah Tuhan.

Begitulah rupanya, terlalu payah untuk melenturkan nafsu kita. Setelah dimasukkan ke dalam neraka barulah mahu mengaku hakikat Allah itu Tuhan. Sebaliknya Akal yang merupakan makhluk paling mulia itu yang letaknya adalah pada kita, manusia ini, sungguh mudah mengakui keesaan Allah. Maka mengikut logik yang telah dibuat olehku sendiri dan mengikut aura psikologi yang ada………….suka suki untukku menyebut, bahawa, AKAL ada dalam diri! Dan NAFSU juga ada dalam diri!  (itupun setelah dilentur dahulu oleh Sang Pencipta…) MAKAAAA, adakah AKAL tidak mampu mengalahkan NAFSU? Tepuk dada, tanyalah iman (o___o)”” -faham atau tengah garu kepala?-
Ya. Begitulah rupanya. Kedua-duanya ada dalam diri. Kita yang tinggal membuat pilihan. Bukankah hidup ini ialah satu pilihan?

eh, JAGAN BERHENTI BACA!! LAST BUT memang NOT LEAST….

Dikatakan bahawa puasa itu ada tiga tingkat iaitu:
-PUASA ORANG AWAM : puasa tahan lapar dan tahan nafsu
-PUASA ORANG KHOSOH (ISTIMEWA) : puasa PARA SOLIIHIN….iaitu tahan mata dry g tercela, tahan lidah dr mengata, tahan teliga dari yg tidak baik, dan tahan anggota dr segala yg tdk baik.
-PUASA ORANG PALING ISTIMEWA : puasa PARA NABI dan SODIQIN….iaitu menahan hati dari kemahuan yg kotor serta dari pemikiran tentang duniawi SECARA TOTAL dan mengadapkan hati kpd Allah secara menyeluruh.
(Jadinya, pilihan ditangan kita…wallahua’lam…)

Wa khulosatil qaul, semoga diri kita mampu menghidupkan bulan puasa ini dengan penuh dengan keimanan, keikhlasan dan ketaqwaan. Inilah platform untuk kita jadi lebih baik! Inilah platform untuk kekal dalam penghambaan kpd Allah! Inilah platform untuk bersabar dalam beristiqamah dalam beribadah! Inilah platform untuk menkhatamkan al-quran! Inilah platform untuk berbakti kpd ibubapa dengan penuh penghargaan! Inilah PLATFORM BAGI SEGALA-GALA KEBAIKAN!!
Moga Allah memberi kekuatan dan mengekalkan kita dalam kebaikan…
ما أصاب من حسنة فمن الله وما أصاب من سيّئة فمن نفسي
 اللّهم صلّى على سيّدنا محمّد وعلى اله محمّد

sampai ketemu lagi ya! 


 
Blogger Templates