“Kami merindui-Mu Ya Allah..kami
merindui kekasih-Mu ya Allah..dan kami merindui BULAN RAMADHAN ya Allah...sampaikanlah
kami kepadanya, berilah kesempatan yang selayaknya untuk beribadah mengabdikan
diri kepada-Mu, dan jadikanlah kami umat yang benar-menar mencintai Muhammad ya
Allah...” Salam perjuangan buat diri yang masih terkontang kanting lagi mengenai perihal
ibadah, perihal aqidah dan akhlak, perihal akhirat...dan segala-galanya...dan juga
buat para pembaca...
<<baca kasik habis
ya....>>
يا أيها
الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلّكم تتقون
“wahai orang-orang yg beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa”-surah albaqarah ayat
Ya. Agar kamu bertaqwa. TAQWA. Itulah matlamat kami… debaran semakin
menguji. Ramadhan yg dinanti semakin menghampiri. Entah kenapa seram sejuk
tangan dan kaki bila sehelai demi sehelai lembaran kitab Durratun Nasihin
dibaca. Syukur ya amat. Terlalu banyak kelebihan yang bakal Allah sajikan untuk
orang-orang mukmin dalam bulan anugerah nanti.
Ya Allah, adakah kami mampu menghidupkan ramadhan kali ini lebih baik
dari sebelumnya?
Adakah kami kuat untuk berjumpa dengan-Mu di setiap sebelum fajar?
Adakah kami akan berusaha mencari malam yang lebih baik dari seribu
bulan itu..yakni lailatul qadar?
Adakah kami akan berjaya mencapai kemapunan dari-Mu akan dosa-dosa kami
yg telah lalu?
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنب
“barangsiapa
yg berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (kpd
Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Ya. Keampunan dosa-dosa yang
telah lalu. KEAMPUNAN. Semarak ramadhan ini kian ditunggu kerana kami jelas
ingin lepas dari belenggu dosa lalu.
Dari Abu Hurarirah r.a.
bahawasanya dia berkata, sabda Nabi Muhammad s.a.w. “celaka bagi seseorang
apabila namaku disebut, dia tidak berselawat untukku, celaka bagi seseorang
yang masih mempunyai dua orang atau salah seorang dari kedua orang tuanya,
namun belum pernah melaksanakan sesuatu yang dapat menjaminkan dirinya masuk ke
syurga, dan celaka bagi seseorang yang menjumpai bulan ramadhan, sampai selesainya
bulan, tetapi dia belum diampuni.”
Na’uzubillah.
Sesungguhnya Allah
menganugerahkan umat islam, umat Muhammad ini dengan bulan yang penuh dengan
kemuliaan dan keberkatan, penuh ganjaran dan khabar kegembiraan. Apalagi yang
masih mampu menghalang kita dari mengihya’kannya dengan sebaiknya?
Diriwayatkan dari nabi
Muhammad s.a.w. : “umatku diberi lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada
seorangpun sebelum mereka iaitu, (no.satu) apabila malam pertama bulan ramadhan
datang, maka Allah melihat mereka dengan kasih sayang, dan barangsiapa yang
dilihat Allah dengan kasih sayang, maka dia tidak akan diseksa selamanya.
(no.dua) Allah memerintahkan malaikat agar memohonkan keampunan untuk mereka.
(no.tiga) bau mulut orang yg berpuasa bagi Allah lebih harum daripada bau
minyak kasturi. (no.empat) Allah berfirman kpd syurga “berhiaslah engkau” dan
Allah berfirman pula “beruntunglah bagi hamba-Ku yang beriman, mereka menjadi
kekasihku” (no.lima) Allah mengampunkan mereka.” –hadis sumber dari kitab
Durratun Nasihin.
<<ha, nak nak ke mana
tu, xabes baca lagi kakak abang, ada lagi nie…>>
Hai diri……….
Pastikan :
-Kita bukan sekadar menahan
lapar dan dahaga sahaja, malah sifat mazmumah juga terhakis sama.
-Kita tidak mensia-siakannya
dengan sebarang umpatan dan kejian jiran tetangga dan saudara mara juga sahabat
mahupun keluarga.
Kerana, Diriwayatkan dari Anas
r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w “lima perkara yang menghapuskan puasa (pahalanya)
iaitu: dusta, mengunjing, mengadu-domba, sumpah palsu dan melihat dengan nafsu
dan syahwat.” Na’uzubillahi min zaalik.
-Kita mampu menghidupkan
ramadhan yang merupakan anugerah buat kita ini dengan sedaya upaya dan sebaik
mungkin agar kita tidak rugi malah menjadi sebahagian drp mereka yang beruntung
pula.
-Puasa kita dapat menjinakkan
nafsu.
Em, sebut pasal nafsu, ada
sebuah kisah mengenai penciptaan akal dan nafsu yang diriwayatkan semasa
pensyariatan puasa….
Apabila Allah menciptakan
AKAL,
Allah berfirman : siapa engkau
dan siapa Aku?
Akal : Engkau Tuhanku, dan aku
adalah hamba-Mu yg dhaif.
Allah berfirman : hai akal,
tidakku ciptakan makhluk yg lebih mulia selain daripadamu.
Kemudian setelah Allah ciptakan
NAFSU,
Allah berfirman : siapa engkau
dan siapa Aku?
NAFSU : aku adalah aku dan
Engkau adalah Engkau.
*jawapan yg sama telah
diberikan oleh Nafsu saat Allah bertanya semula setelah memasukkan Nafsu ke
dalam neraka jahim selama seratus tahun. Selepas itu Allah memasukkan pula
Nafsu ke dalam neraka juu’ selama seratus tahun. Akhirnya,
Allah berfirman kembali : siapa
engkau dan siapa Aku?
NAFSU : aku adalah hamba dan
Engkau adalah Tuhan.
Begitulah rupanya, terlalu
payah untuk melenturkan nafsu kita. Setelah dimasukkan ke dalam neraka barulah
mahu mengaku hakikat Allah itu Tuhan. Sebaliknya Akal yang merupakan makhluk
paling mulia itu yang letaknya adalah pada kita, manusia ini, sungguh mudah
mengakui keesaan Allah. Maka mengikut logik yang telah dibuat olehku sendiri dan
mengikut aura psikologi yang ada………….suka suki untukku menyebut, bahawa, AKAL
ada dalam diri! Dan NAFSU juga ada dalam diri! (itupun setelah dilentur dahulu oleh Sang Pencipta…)
MAKAAAA, adakah AKAL tidak mampu mengalahkan NAFSU? Tepuk dada, tanyalah iman
(o___o)”” -faham atau tengah garu kepala?-
Ya. Begitulah rupanya. Kedua-duanya
ada dalam diri. Kita yang tinggal membuat pilihan. Bukankah hidup ini ialah
satu pilihan?
eh, JAGAN BERHENTI BACA!! LAST
BUT memang NOT LEAST….
Dikatakan bahawa puasa itu ada
tiga tingkat iaitu:
-PUASA ORANG AWAM : puasa
tahan lapar dan tahan nafsu
-PUASA ORANG KHOSOH (ISTIMEWA)
: puasa PARA SOLIIHIN….iaitu tahan mata dry g tercela, tahan lidah dr mengata,
tahan teliga dari yg tidak baik, dan tahan anggota dr segala yg tdk baik.
-PUASA ORANG PALING ISTIMEWA :
puasa PARA NABI dan SODIQIN….iaitu menahan hati dari kemahuan yg kotor serta
dari pemikiran tentang duniawi SECARA TOTAL dan mengadapkan hati kpd Allah
secara menyeluruh.
(Jadinya, pilihan ditangan kita…wallahua’lam…)
Wa khulosatil qaul, semoga
diri kita mampu menghidupkan bulan puasa ini dengan penuh dengan keimanan,
keikhlasan dan ketaqwaan. Inilah platform untuk kita jadi lebih baik! Inilah platform
untuk kekal dalam penghambaan kpd Allah! Inilah platform untuk bersabar dalam
beristiqamah dalam beribadah! Inilah platform untuk menkhatamkan al-quran! Inilah
platform untuk berbakti kpd ibubapa dengan penuh penghargaan! Inilah PLATFORM
BAGI SEGALA-GALA KEBAIKAN!!
Moga Allah memberi kekuatan
dan mengekalkan kita dalam kebaikan…
ما أصاب من حسنة
فمن الله وما أصاب من سيّئة فمن نفسي
اللّهم صلّى على
سيّدنا محمّد وعلى اله محمّد
sampai ketemu lagi ya!
0 comments:
Post a Comment