"berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis"
hati berlagu lagu kecil
aish, air mata ni asyik nak mengalir je, geramnya!!
nak buat macam mana lagi, itu je yang terdaya~~~ (sekadar intro....izin laluan ya :D )

jangan berhenti baca pulak!!



kadang kita ingin berehat sebentar, betul tidak? biasa lah tu, memang fitrah manusia perlukan sampingan kehidupan! tapi pernah tak kita terfikir, apa hak kita untuk berehat? sempat lagi ek nak berehat? dibuatnya Tuhan tarik nafas kejap kejap lagi...aish...x jamin kita boleh lepas gitu je...kenapa nak rehat, ok, bayangkan:

kita nak balik kampung, lalu lebuhraya, kita letih, kita pun berhentilah dekat stesyen R&R, minum-minum kopi dulu, relaks relaks dulu, sengih-sengih dulu..

macam tu ke yang dikatakan rehat? kalau rehat macam tu memanglah, yang tu tak perlu minta izin nak rehat, tu sunnatullah namanya... tapi rehat dari segi mengambil masa untuk bersunyi-sunyian dari ibadat, dari bersungguh-sugguh dalam amalan kebajikan...boleh ke macam tu?
aish...jangan abang kakak... jangan ikut hati! ikut hati mati!
dunia ni hanya persinggahan, dan dunia ini adalah ladang akhirat. dunia bukan macam R&R, tapi dunia ini tempat kita nak kumpul bekal menuju ke negeri abadi sana..
siapalah kita untuk berehat, siapalah kita untuk bersunyi sunyian dari beramal, siapalah kita untuk mengalah. kita tidak pernah ada hak untuk mengalah! lupakah kita "Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah".?ha, macam mana, masih nak berehat ke? tak payahlah, kita tak cukup bekalan pun untuk berehat. ganjaran syurga itu perlu di beli. nak berjaya itu bukan seperti memetik jari sahabat... tadhiyyah dan tarbiyyah bukan macam makan maggi sedare...

ni baru diuji sikit dah mengalah, macam mana nak terbina daulah islamiyyah? umat islam semakin lemah! sudah terbukti kesahihannya, benar sabda junjungan nabi kita : "umat islam akhir zaman ibarat buih-buih di lautan". hai umat, takkan kita nak tambah kerunsingan masalah umat yang semakin meruncing dari hari ke hari? takkan nak biar diri terus hanyut dan leka? takkan kita nak jadi salah seorang dari mereka yang menambahkan angka dan nilai umat islam yang semakin jauh dari fitrah kehambaan?

sedar-sedarlah wahai pemegang title islam sekalian, umat perlukan kita, generasi akan datang perlukan kita, anak-anak perlukan kita, ramai di luar sana yang memerlukan kita! kalau bukan kita, siapa lagi? kalau bukan kita yang menjadi mata rantai perjuangan islam siapa lagi? kalau bukan kita yang memahami dan menyampaikan islam siapa lagi? ni kita pulak sibuk leka dengan itu dan ini. kita pulak yang lemah hati. gagal mengawal emosi. bila pulaknya kalimah Allah akan tertegak di muka bumi ini? bangunlah...sedarlah... wahai al-'asi, wahai yang berdosa (refleksi pada diri sendiri),,, tinggalkanlah keseronokan bermain-main. tinggalkanlah. tinggalkanlah. tinggalkanlah. bertaubatlah.


dan jangan lupa wahai pemuda harapan ummah sekalian, Allah mengizinkan kesedaran ini timbul bukan semata-mata untuk di sia-siakan tetapi untuk digunakan. gunakan setiap peluang dan ruang untuk pengislahan diri. bawalah agamamu ke dalam dirimu. bawalah agamamu ke mana sahaja arah tujumu. tiada sebab membiarkan diri untuk terus berada dalam kelalaian, kerana kita dituntut untuk berlumba-lumba ke arah kebaikan.

ingat, kalau bukan kita siapa lagi? lupa ke? macam mana kita masih boleh menikmati islam itu sendiri? mestilah kerana perjuangan kekasih Allah, nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi' dan tabi'in, kesungguhan pejuang-pejuang islam yang syahid itu, mereka-mereka yang dijanjikan syurga itu, mereka imam-imam, para pengkaji ilmu dan seluruhnya.

saat ini, tanyalah diri, apa yang sudah kita buat untuk islam, cukupkah sumbangan kita yang tidaklah sebanyak mana itu, ni kalau nak terus leka dan malas jugak, kalau nak terus dengan perangai lama jugak, tak tahulah macam mana..tak makan saman namanya tu..

nantilah, hold dulu keinginan entah hape-hape kita tu..tahan dulu der..relaks dulu bro..(bahasa bebudak zaman sekarang termasuk diri sendiri)... sekarang ni tugas kita untuk menuntut ilmu sesungguh yang mungkin, buat bakti kepada ibu bapa, adik-beradik, keluarga dan sahabat handai sebanyak yang boleh, terus memberi dan memberi walau diri hanya faqir, memberi walaupun tidaklah  semampu mana untuk memberi.. okay? boleh la lepas ni bersungguh-sungguh tu kasi 'up' lagi dalam hidup ni.. berilah pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang terbaik..  nak rehat, nanti, kat syurga nanti ya?


ni masa berubah! tak yah nak lemah sangat la. ok? janjilah pada diri untuk terus kuat, untuk terus kuat, dan terus kuat. bantulah diri untuk bantu umat, untuk bantu generasi kita yang di belenggu jahiliyyah. bantulah diri, bantulah umat. kuatlah, tabahlah. ganjarannya besar di sisi Allah. kuatlah. kuatlah. dan teruslah kuat.......

Wallahu a'lam... apa yag baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datagnya dari kelemahan diri sendiri. Ana Faqirah ilallah...moga-moga jadi panduan buat diri yang hanyut dek arus kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Sama-sama berubah ke arah kebaikan untuk kemaslahatan diri, keluarga dan umat!!
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda..aku mencintaimu ya Rasulullah... allahumma solli 'ala saiyyidina muhammad..




0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates