QURAN, aku teringin untuk menghafalmu
aku kepingin untuk membasahi lidahku dengan ayat-ayat suci itu
BUKU, aku amat berharap agar aku bisa menjadikanmu sebagai temanku, agar luas pandanganku
agar aku bebas dari pemikiran y cetek
 
MATA, aku ingin sekali untuk memastikan pandanganmu terpelihara daripada y tdk sepatutnya
TELINGA, aku mahu sekali supaya kamu sentiasa mendengar ayat-ayat sucinya
LIDAH, aku akan cuba menjagamu dari menyakiti orang disekelilingku dengan sedaya upayaku
dan HATI..,
aku ingin sekali utk memeliharamu daripada penyakit-penyakit yg bisa membuatmu lelah untuk bertahan dengan dunia,
ingin sekali aku memastikan engkau sembuh dari penyakit hasad,
dan ingin sekali aku memastikan engkau agar thabat di jalan Tuhan..

ingin sekali aku membentuk AQAL agar ia bisa menjadikan aku seorang y berguna pada agama..
ingin sekali aku sinari JIWAku ini dengan nur illahi..
dan ingin sekali aku mendidik NAFSUku agar tunduk dari melakukan y salah..

PERUTku ku harap agar sentiasa ringan dan tidak terisi dengan makanan y berbagai-bagai agar badanku ringan untuk beribadah
agar dapat aku bergerak bebas tanpa rasa malas
agar aku bebas mencapai itu dan ini...
aku juga berharap agar KOCEKku tidak menghalang aku daripada terus besederhana dalam menempuh dunia ini
dan aku juga berharap agarLENAku tidak membantutkan cita-cita ku untuk memperoleh ini dan itu

kadang kala
aku seakan-akan mahu untuk melepaskan segala-galanya
aku mahu bebas dari belenggu dunia ini

aku mahu itu dan ini
namun aku sedar
semua itu takkan dapat aku pertahankan
andai tiada mujahadah...
andai tiada tadhiyyah...

 AKU AKAN TERUS MENCUBA!

betullah bagai di kata, seorang perempuan y solehah itu sangat tinggi nilaiannya...
dan sudah sepatutnya kamu pertahankan dirimu wahai sang pencari tuhan...
andai bukan kamu, siapa lagi?
siapa lagi pewaris para mujahidah solehah kalau bukan kamu...






aku cuba mencari jalan yang bisa membuatku lebih bahagia
aku cuba namun aku menemui jalan buntu
lantas aku melihat sekitarku
ku lihat dia, dia dan dia
sesungguhnya bukanlah aku ingin membeza-bezakan yang mana lebih bagus
yang mana lebih lawa
yang mana lebih ceria
dan aku terus melihat dia, dia dan dia
setiap dari mereka pasti mempunyai kisah tersendiri
lalu aku berdetik sendiri
tidakkah aku sendiri perlu menyingkap tabir diri?
ya
setiap dari kita punyai rasa
punyai sejarahnya
setiap dari kita juga masih mencari-cari kemana mahu ditujui
kesedaranku melonjak tetapi aku masih tidak mampu untuk mengungkapnya
ya Allah
Engkau Maha Agung...
ya Allah
ampunkan hambaMu

ya Allah...aku sungguh tidak sempurna
terlalu banyak lompong di sana sini
terlalu banyak kekurangan di setiap sudut
rahmatilah
terimalah
kuatkanlah...

:')






Tanggal 4 oktober 2013 ialah hari roommate sedunia bagi bilik kami. (tarikh suka suki)
Kami plan gitu-gitu je untuk ke sungai pisang. Alhamdulillah…plan menjadik! Berikut ialah organisasi program kami:

Programme manager: ain merangkap umi ktorang
Asisstannt p.m.: zati latif
Driver: anis amin.. (the coolest driver ever! ^_^)
Co-pilot: tini
Transportation: soleh
Catering: sanah (me) n jihah samsuri

p/s: semua orang memang terbaik la..hehe. ain n zati latif sangat cakna jaga barang, soleh n anis cam bese, sntsa cool.. sanah plk penunjuk  arah yg xberapa nk cekap, (uhuks, sory) & tini jihah plk merangkap penglipur lara kami…(tanpa mereka pasti sunyi >_<)

==================================================================================

Pkl 2.30 ptg

“Brother! Brother!”
“Minyak tu kosong ke?”
“Ha ah..tapi sempat pergi sejauh 96 km” jawap pemilik kereta sewa tersebut.
tapi tengok signal kat dashboard tu macam dh nazak je.. ‘empty’ kot,huhu =.=
 ::::::::::::::
"Tini nk cube bawak! Nak reverse, biar senang anis nti. Trus drive."
"Try la…jom ktorang naik…" jawap zati, sanah n soleh serentak.
( kengkawan yg kt luar kete duk riuh memberi arahan kt tini, risau.. pasai kete tu macam berat sangat.. alza auto, baru plk tu..hm..ape-ape je laaa,hehe)
:::::::::::::::
“Tu diaaaa cik anis kte dh siap….”
Semua senyum.. ^^v
::::::::::::::::
“erk, kenapa cam berat eh kete ni, xleh bawak laju? Ce mcg brother tu tnya apa nk bwat..”
“anis…kte stop dlu laaa..”
Stop la tepi jalan.. em taw ape jadik?
“alamak berasap!!!” jihah yg perasan dulu..
“sanah cepat kuar sanah…turunkan seat ni” soleh bersuara.
Noted,, semua orang kelihatan cemas. Ape lagi..bertabur semua orang keluar dr alza tu..haha. nseb baik selamat.. lepas 15 minit berteduh di stesen bas sambil mencarik solusi dan sempat lagi makan keropok bika..ktorang pun mulakan perjalanan..haha, rupanya tak angkat break kaki daaa!
Btw, sebabkan nak isi minyak punya pasal, perjalanan 15 minit tu jadik sejam plk.. yang xtahannya “kome” kite memang  xberhenti buat ktorang  xberhenti gelak, pecah perut!
“nampaknya kite memang jalan-jalan dalam kereta la..” haha
::::::::::::::::


Sampai dekat sungai pisang, semua makin excited. Memang seronok! Berkelah kat kawasan yang sangat menenangkan! Kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi..:)
Kenapa kami pilih untuk berkelah di situ, ada banyak sebab….tapi yang pasti, kami memang dapat ‘release’.. ^___^  Dengan melihat keindahan ciptaan-Nya, terasa sangat-sangat bersyukur sebab diberi peluang menghirup udara segar dengan penuh rasa kehambaan.. subhannallah.. wallahu akbar:) 



Hm.. fil haqiqah,  kisah kami sebenarnya tidak pernah berakhir di sungai pisang, tidak juga di rumah paksu soleh (sempat menyinggah dalam perjalanan balik uia) dan tidak pula dihujung coretan ini.. tapi kami akan terus bersama! Insya-Allah.. moga persahabatan kami dirahmati-Nya..:)

Buat sahabat2: entunna memang terbaik la, syukran semua! Uhibbukum fillah ^_^

senyum....



tengah-tengah duk google gambar senyum, jumpalah gambar-gambar nie...
tetiba terdetik kat hati kecil "aku susah betul nak senyum kan? kalau dengan orang-orang yang rapat giler2 je barulah nak tersengih-sengih"

haha..ce tengok gambar nie!


kucing pun sengih? (ish, seram bulu tengkuk tengok gambar ni lama-lama...ana bukanlah peminat kpd para-para pets sekalian)

maka, apakah ubat mujarab untuk kekal senyum di saat suka dan duka? ana pun xde jawapan rigid! sebab apa tau.... ana jenis muka cam nak makan orang je (yeke..entahlah..)
tak tak...maksudnya...bila dengan orang baru kenal, muslimat la atau baru jumpa, beranilah jugak dan senyum-senyum dan menyapa...(kalau line clear la) tapiiiii, kalau tetiba termasuk dalam "dunia ghorib", amboi, susahnya dan senyum. rasa takut dan xyakin terlebih bajet sampai terlupa nak senyum...tu yg depa takut nak dekat tuuuu... em, kalau dengan muslimin pulak, bukan sembarang orang ana akan senyum...cuma yang berkenan kat hati ni je ana akan senyum kat dia (eh, boleh pulak macam tuu...) em, kalau tak, nak pandang pun jangan harap!

ada orang dia senyum je...bestnya... ada apa ya dengan senyuman? of course la, dengan senyuman, ia melambangkan peribadi orang itu yang tabah, yang suka akan keceriaan, ketenangan, dan berjiwa besar, serta ramah orangnya.... (tau pun manfaat senyum! :p )

jadi sekarang,
ana nak stay smile like this.....


or this one....


atau apa-apa jelah....asalkan i keep smiling....


 i.Allah..........i'll try my best!! yeahhuuuu...........

ha....pesanan buat sahabat-sahabat sekalian...jomlah kita amalkan senyum, kerana senyum itu sedekah, dan senyum itu bisa mengubat hati kita dan orang-orang disekeliling kita..kan2? ha, yang jenis senyum dah sebati ngan diri tu, baguslah...kasi maintain ya!
wallahu taala 'alam.........



“Allah memang ada!” bisik hati. Kali ni, sah! Takde sebarang kompromi. Sah! Takyah nak saksi-saksi dah lagi…Allah ada! Aku seperti mendapat suatu kepastian yang paling bermakna dalam hidup. This is real guys, kalau kita betul-betul yakin Allah itu ada dalam setiap helaan nafas, ada dalam selirat salur darah kita, ada dalam setiap langkah, memang kita akan dapat merasakan akan-Nya. Ya. Maka, teruslah yakin dan meyakini bahawa Sang Pencipta itu bersama kita.

Teringat sejenak, saat berpeluang menunaikan solat di atas hamparan bumi Tuhan, di atas rumput, tanpa sejadah seperti biasa, aku dapati sujudku ketika itu sangat-sangat mengingatkanku akan hakikat diri ini hanyalah seorang hamba yang sedang sujud dengan penuh kehinaan di hadapan Tuhan Yang Maha Agung. Manisnya saat itu…
Aku juga pernah berpeluang menunaikan solat di tepi sungai, di atas butiran-butiran pasir yang tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah itu. Perasaanku sama, merasakan hakikat penghambaan yang hanyalah berasal dari setitis air yang hina, air mani, yang beserta dengannya Allah lengkapkan menjadi seorang manusia yang sempurna, yang telah sedia ada mengikat perjanjian dengan-Nya bahawa hidup dan mati ini adalah untuk-Nya. 


Harum rumput segar, pasir yang berzikir, dan tanah yang menyubur tadi itu adalah anugerah-Nya. Sungguh, alam ini mampu membuatkan kita dekat dengannya. Lantas pikiran melayang pula di saat diri di beri kesempatan untuk merasakan bagaimana kepahitan para sahabat wanita dahulu yang tetap teguh mempertahankan kalimat “la ilaha illallah” walaupun diseksa. Namun seksaan buat mereka tidak cukup untuk menggoyahkan keimanan mereka. Sifirnya mudah sahaja. Aku bukan diuji seperti mereka tetapi aku dan sahabiahku hanya disuruh untuk merangkak menuruni lereng bukit ketika matahari betul-betul tercacak di batang hidung. Itu sahaja! Ya. Saat kami ditarbiyyah seperti itu, aku dapat merasakan getaran di hati ketika kalimat “la ilaha illallah” meniti dibibir, seiring dengan derasnya air jernih yang hangat membasahi pipi.

Ya Allah..namun praktikalnya tarbiyyah itu terus teruji saat aku berhadapan dengan dunia realiti. Memang kita yakin, Allah ada, namun, tanyalah diri adakah keyakinan itu serentak dengan gerak langkah kita dalam rutin sehari-harian? Ke mana teorinya saat berhadapan dengan kenyataan? Ke mana hilangnya keyakinan tadi? Itu perkara biasa..kita memang dikehendaki-Nya untuk terus meraih keyakinan demi keyakinan, kepercayaan demi kepercayaan untuk memantapkan lagi sebuah keimanan yang hanyalah senipis kulit bawang ini. Mujur Tuhan tidak membiarkan diri berseorangan dalam bermujahadah! Hampi-hampir sahaja diri ini lemas dalam lautan keasingan. Itulah gunanya TAQWA, kerana dengannya akan lahir perasaan IHSAN dalam beribadat, yang dengannya kita akan berusaha mengingati Allah dalam susah mahupun senang. Kerana itulah, saat kita merasa diri tanpa arah tujuan, Allah akan kembalikan kita pada dasarnya! Itulah gunanya andai kita menjaga hak Allah…Allah akan menjaga hak kita. Itulah TAQWA.

Jadi, jangan pernah merasakan kita keseorangan di dunia ini. Dan jangan pula merasa senang di saat senang, sebaliknya, bersedialah dan berbekallah sedikit demi sedikit agar kita tidak akan tersasar jauh dari-Nya saat kita goyah berhadapan dengan kesusahan…cubalah untuk merasakan…, bahawa Allah menyayangi kita. Ya, kasih sayang Allah kepada hamba-Nya lebih dari kasih sayang seorang emak terhadap anaknya…just imagine about it… DAN silalah merasakan RUH MUJAHADAH dalam diri kita…
Wallahua’lam… 



 
Blogger Templates