QURAN, aku teringin untuk menghafalmu
aku kepingin untuk membasahi lidahku dengan ayat-ayat suci itu
BUKU, aku amat berharap agar aku bisa menjadikanmu sebagai temanku, agar luas pandanganku
agar aku bebas dari pemikiran y cetek
MATA, aku ingin sekali untuk memastikan pandanganmu terpelihara daripada y tdk sepatutnya
TELINGA, aku mahu sekali supaya kamu sentiasa mendengar ayat-ayat sucinya
LIDAH, aku akan cuba menjagamu dari menyakiti orang disekelilingku dengan sedaya upayaku
dan HATI..,
aku ingin sekali utk memeliharamu daripada penyakit-penyakit yg bisa membuatmu lelah untuk bertahan dengan dunia,
ingin sekali aku memastikan engkau sembuh dari penyakit hasad,
dan ingin sekali aku memastikan engkau agar thabat di jalan Tuhan..
ingin sekali aku membentuk AQAL agar ia bisa menjadikan aku seorang y berguna pada agama..
ingin sekali aku sinari JIWAku ini dengan nur illahi..
dan ingin sekali aku mendidik NAFSUku agar tunduk dari melakukan y salah..
PERUTku ku harap agar sentiasa ringan dan tidak terisi dengan makanan y berbagai-bagai agar badanku ringan untuk beribadah
agar dapat aku bergerak bebas tanpa rasa malas
agar aku bebas mencapai itu dan ini...
aku juga berharap agar KOCEKku tidak menghalang aku daripada terus besederhana dalam menempuh dunia ini
dan aku juga berharap agarLENAku tidak membantutkan cita-cita ku untuk memperoleh ini dan itu
kadang kala
aku seakan-akan mahu untuk melepaskan segala-galanya
aku mahu bebas dari belenggu dunia ini
aku mahu itu dan ini
namun aku sedar
semua itu takkan dapat aku pertahankan
andai tiada mujahadah...
andai tiada tadhiyyah...
AKU AKAN TERUS MENCUBA!
betullah bagai di kata, seorang perempuan y solehah itu sangat tinggi nilaiannya...
dan sudah sepatutnya kamu pertahankan dirimu wahai sang pencari tuhan...
andai bukan kamu, siapa lagi?
siapa lagi pewaris para mujahidah solehah kalau bukan kamu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment