Malas. Itulah
yang menjadi penghalangku sekarang. Aku bukan letih. Tapi aku malas. Aku bukan
tidak sihat tapi aku malas. Allah berfirman: “wahai orang-orang yang beriman,
mintalah tolong dengan bersabar dan bersolat, sesungguhnya Allah bersama dengan
orang yang sabar.” –surah al-baqarah.
Bagaimana engkau
mahu mengharapkan kesenangan sedangkan dunia ini bukan syurga. Bagaimana engkau mahukan bahagia sedangkan
dunia hanya persinggahan.
Bangkitlah wahai
jiwa yang memerlukan Allah. Cukuplah Allah bagimu.
Tanpa perlu
mengharapkan yang lain,
Tanpa perlu
menyandarkan diri kpd yang lain,
Mintalah hanya
kepada Allah.
Bersabarlah
dan beriltizamlah.
Ilmu mampu
menyegarkan jiwa. Timbalah ia dan carilah ia semahu-mahunya.
Semoga kita
peroleh bahagia dan redha serta rahmat dari Allah. Allahumma aamin.

0 comments:
Post a Comment