Assalamualaikum semua. ^.^
Saya si empunya diri memang agak gemar menangkap gambar. Terutamanya gambar-gambar langit, awan, sahabat-sahabat saudara-mara dan keluarga. Semuanya sanah simpan sebagai kenangan. Dan kegemaran ini makin menjadi-jadi bila kawan sebilik masa Asasi Uia PJ dan sedara mara sejati sanah di Melaka tu pun merupakan kaki tangkap gambar.
Sanah tak pernah ada kamera.
Cukuplah kamera NOKIA X2, seterusnya HTC wildfire S (y nie gambau memang meletup-letup cantik) n terkini tab Samsung Galaxy.
Antara gambar-gambar yang jadi kenangan:-
Nie gambar yg agak 'latest'.
1) Pemandangan di Female Sport Complex, bumi UIA GOMBAK.
time ni sanah tengah meeting. huhu sempat lagi curi-curi amik gambar sebab sanah mmg xsenang duduk kalau dh berejam rejam mengadap muka org yg sama. hehe.
2) Pemandangan di Tanjung Emas, Muar Johor.
Masa ni, sanah sekeluarga jalan-jalan gi Muar. Masa tu memang seronok sangat berjalan-jalan tepi pantai. boleh kata setiap saat angin sepoi-sepoi bahasa, angin kencang semua sekaligus bertiup seolah-olah amat menanti-natikan kedatangan kami sekeluarga. hehe.
3) Pemadangan di Kedah.
Allah. Sanah memang time tu teringin sangat-sangat nak jejakkan kaki di bumi jelapang padi ni. Alhamdulillah sanah ikut Rehlah Perdana dgn kawan-kawan UIA.
Banyak sangat pengalaman dan kenangan yg sanah dpt masa ni. Allah saja yg tahu betapa serrrronokkknya! (rosak bahasa aku buat)
Sawah padi ni(gambar-gambar di bawah) betul-betul bersebelahan dengan Homestay kawan sanah.
Cantikkan? Subhanallah..
Cantikkan? Subhanallah..
salah seorang sahabat baik sanah yg sanggup tergesa-gesa datang ke stesen bas di Perlis, utk ucapkan selamat tinggal selepas rehlah di Pulau Pinang, Kedah dn Perlis. Aida dtg sambil bawak buah tangan utk sanah. huhu. terharu sampai sekarang :))
4) Pemandangan di Pondok Tahfiz di Melaka.
Alhamdulillah, seronok dapat jejakkan kaki dengan sepupu terchenta di sini.
inilah sepupu sanah y setia selama-lamanya, Atiqah Razak.
Adikku pengarang jantung haha (wekk)
Makku dan abahkku tersayang
^_^
^_^
Anak buah yg cerdik dan cerdas. hehe
Alololo comelnya anak buah aku ni, geramnyaaaa ^_^
5) Pemandangan di KLCC.
ha, kat sini ada satu pengalaman yg luar biasa sanah nak kongsikan. Al-kisahnya. kami berenam kawan sebilik di uia pj pergi ke KLCC utk ambil angin dan ambil gambar, hehe. Tapi mungkin disebabkan kami kelihatan ganjil dari yg lain, dengan penampilan berjubah dan bertudung labuh serta jalan berkumpulan, macam-macam benda yg jadi pd kami
-Pertama sekali, sekumpulan budak-budak Darul Quran mendekati kami, dan berminat untuk menemu ramah kami mengenai isu Terrorism. Dorg siap buat video lagi aish.
-Kedua, kami sendiri ambil peluang untuk ambil gambar kenangan memandangkan sem itu ialah sem akhir kami di asasi.
-Ketiga, ada sepasang foreigner datang menghampiri kami. Mereka menyapa kami dan berbual dgn begitu sporting dan happening. Tak silap berasal dari Argentina dtg melawat Malaysia. Haha kebetulan seorg dr kami agak meminati bola sepak, sempat la berbuat pasal pasukan bola. Then, isteri mat salleh tadi (seperti dlm gambar) minta utk bergambar dgn kami.
-Keempat, kami jalan-jalan pula di sekitar kawasan yg betul-betul boleh nampak bangunan Menara Berkembar tu. Kami cuba ambik gambar berlatar belakangkan menara berkembar tu tapi tak masuk pulak menara tu. haha. Datang pulak pasangan suami isteri yg kami jumpa sebentar tadi. Then si suami tawarkan utk ambil gambar kami. (seperti gambar kedua di bawah) see? masukkan menara tu? hehe sebabkan mat salleh td tu sampai baring-baring kat lantai masa tu (lantaklah dia lelaki) tapi tapi tapiiiii ramai la pulak entah siap-siapa pergi ambil gambar kitorg pada masa y sama. hm.. nak kata famous langsung la tak. mungkinkah dorang tertarik dengan penampilah kami di tengah-tengah kesesakan orang ramai yg serba havoc dan canggih dan sbgnya tu?
-Dan yg terakhir, kami terserempak pulak dgn sekumpulan orang yg tgh shooting utk TV (channel amende ntah maybe channel luar negara kot). Dorg suruh kami pegang banner dan iklankan channel tersebut. hm...pon boleh..hehe.
Kesimpulannya, sahabat-sahabatku, berpenampilan menurut syarak tidak pernah menghalang kita utk melakukan aktiviti rehlah terutama di Malaysia yg serba aman ni. Kita patut bangga dengan agama Islam dan jadi contoh. Itu juga dikira sebagai Dakwah. Jgn pernah malu dan berasa ketinggalan dlm menutup aurat degan sempurna. Itulah yg sebaiknya. :)
6) Pemandangan di Tanah tumpah darahku, di Selayang Bharu.
Gambar di ambil dari atas Shopping Complex Selayang Mall. haha kat mall pon boleh...
7)Gambar ini di ambil eksklusif oleh sanah di satu Perhimpunan yg diadakan di Kelana Jaya selepas pilihanraya 2013 di adakan.
ha, ada berani? hehhe
0 comments:
Post a Comment