aku cuba mencari jalan yang bisa membuatku lebih bahagia
aku cuba namun aku menemui jalan buntu
lantas aku melihat sekitarku
ku lihat dia, dia dan dia
sesungguhnya bukanlah aku ingin membeza-bezakan yang mana lebih bagus
yang mana lebih lawa
yang mana lebih ceria
dan aku terus melihat dia, dia dan dia
setiap dari mereka pasti mempunyai kisah tersendiri
lalu aku berdetik sendiri
tidakkah aku sendiri perlu menyingkap tabir diri?
ya
setiap dari kita punyai rasa
punyai sejarahnya
setiap dari kita juga masih mencari-cari kemana mahu ditujui
kesedaranku melonjak tetapi aku masih tidak mampu untuk mengungkapnya
ya Allah
Engkau Maha Agung...
ya Allah
ampunkan hambaMu
ya Allah...aku sungguh tidak sempurna
terlalu banyak lompong di sana sini
terlalu banyak kekurangan di setiap sudut
rahmatilah
terimalah
kuatkanlah...
:')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment